Semua orang boleh buat
ramai berjaya kerana jadi terpelajar
bukan seseorang itu ada tempatnya sendiri
tapi keinginan membawa dia ke mana saja dia pergi
segelintir besar rasa kekayaan itu mampu
membawa keinginan dia
sejauh mana boleh lari
sehujung-hujung dunia dilewati
untuk memuashati
adakah ini dicari?
bagi gagal bukan makna tiada jalan
penyelesaian akan selalu ada mengiringi
Namun dengan bersabar dan bersyukur sahaja
akan nanti keperitan itu hanya berlalu begitu
tanpa ada rasa apa-apa sakit yang tinggal
kita boleh lupa apa yang dilalui
namun sejarah masih mengikuti
oleh orang lama dan sekarang
seronok mendapat nikmat hidup bukan mudah
memberi pada yang hilang nikmat
kerana nikmat hidup ada kebahagiaan tersendiri
menjadi lebih tenang ada erti dalam diri sendiri
apa yang Allah beri kurnia
jiwa ini mampu rasa cukup rasa besar untuk bersyukur
walau ada lapar sepanjang hari
dunia buat apa yang engkau suka
kaya sebanyak menutup awan dilangit
takkan puas apa dimiliki digenggam
Jadilah makhluk menghadap diri Allah
jadilah hamba Allah yang takut kerana Allah
jadilah nikmat ini sementara meski hidupmu masih ada
jadilah manusia yang rendah diri kerana mencari keredhaan Allah
jadilah harta yang banyak sebagai tanggungjawab atas diri sendiri
jadilah dunia tempat mencari kemaafan pengampunan dan keredhaan Allah
jadilah tekad dan keyakinan hanya Allah sahaja ada bersama kita